2015年9月14日星期一

Peranan Guru Dalam Tonggak UNESCO

Belajar Untuk Menguasai Ilmu :
  
     Merupakan faktor pembelajaran utama.

    Manusia perlu belajar untuk memahami dunia sekeliling mereka supaya dapat memperkembangkan   
    kemahiran kerjayanya serta berkomunikasi dengan orang lain.

  Termasuk  Belajar Cara Belajar (Learning how to learn) dengan memperkembangkan tumpuan, kemahiran ingatan dan kebolehan untuk kanak-kanak.

Peranan Guru :

  q  Cara penyampaian yang berkesan.
    -  Penggunakan ICT dalam pengajaran.
    -  Gambar.
    -  Aktiviti pengajaran yang menarik. Contohnya, bercerita, permainan, perbincangan dan lakonan. 
   

  q Mengikut trend perubahan dalam dunia ledakan maklumat dan mengemas kini 
        pengetahuan. 

    -  Supaya murid menerima pengetahuan terkini untuk bersaing setanding dengan orang lain dalam    dunia yang berteknologi tinggi. 

Belajar Untuk Menguasai Kemahiran :

     Terbahagi kepada empat bahagian iaitu :
  •      Kemahiran interpersonal.
  •      Kemahiran berkomunikasi
  •      Kemahiran berpasukan
  •      Kemahiran menyelesaikan masalah.


Peranan Guru :

   q  Aktiviti “Hands-On” seperti membuat eksperimen, membuat model dan lain-lain. 
   q  Aktiviti Kokurikulum. (Kelab atau Persatuan)
                Contohnya, Kelab Memasak, Kelab Kemahiran Hidup dan Persatuan Sains.
          ( Peranan guru sebagai Pembimbing sahaja)

Belajar Untuk Menjadi Insan Berguna :

.     Pendidikan harus menyumbang kepada pembentukan insan menyeluruh dari segi fizikal,  intelek, rohani, emosi, kepekaan & penghargaan estetika.

  . Pembentukan modal insan berpandanan dengan saranan yang diusulkan di dalam Falsafah               Pendidikan Kebangsaan mengenai gagasan JERISE dalam melahirkan individu seimbang.

  . Kurikulum di Malaysia: membantu perkembangan potensi murid secara seimbang dari segi           
         jasmani, emosi, rohani, intelek dan sosial (JERIS).

    Setiap individu perlu menerima didikan awal sejak kanak-kanak sehinggalah dewasa dalam semua   aspek sehingga mereka boleh berfikir secara kritis, berdikari dan berupaya membuat keputusan.

Peranan Guru:

ž      Mempunyai kemahiran dan ketrampilan mengaitkan domain teori dengan praktis dan mesti bijak membina pengetahuan dan kemahiran secara development mengikut kadar pembelajaran bagi mencapai hasrat kritis, kreatif dan inovatif.

Belajar Untuk Harmoni Dan Bekerjasama:

~   Pendidikan berperanan penting dalam menjalinkan hubungan baik antara satu sama lain supaya rakyat dapat hidup aman damai di dalam negara berbilang kaum dan budaya.

~   Tonggak pendidikan di mana pelajar belajar untuk bekerjasama dan hidup secara harmoni tanpa mengira bangsa dan latar belakang.



没有评论:

发表评论